top of page

PENGURUSAN PENASIHATAN MURID 

PENGENALAN TENTANG BIMBINGAN & PENASIHATAN 

Shertzer & Stone (1992) menyatakan bahawa bimbingan merupakan suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. INi bererti individu akan diberi bimbingan untuk mengenali diri individu dalam pelbagai aspek. Individu yang memahami kekuatan dan kelemahan diri akan menjadikan individu lebih menerima dirinya sendiri. Ini akan menghindarkan individu tersebut mengalami konflik diri. Ia juga akan membantu individu untuk berinteraksi dengan persekitaran dengan lebih harmoni. Selain itu, bimbingan juga melibatkan proses yang melibatkan tindakan-tindakan atau langkah-langkah untuk mencapai matlamat klien. Kaunselor akan memainkan peranan seperti yang sepatutnya dimulai dengan langkah pembentukan atau penjelasan matlamat klien. Klien juga dibantu untuk mencari jalan bagaimana menentukan tindakan yang sepatutnya diambil pada masa sekarang dan masa hadapan.

​

Manakala, kaunseling adalah satu proses pertolongan yang profesional bertujuan membantu individu untuk memahami diri dan dunia persekitarannya. Kaunselor adalah individu yang akan mengendalikan proses kaunseling. Kaunselor ini adalah profesional dan mempunyai kelayakan dalam bidang kaunseling. Individu yang bakal dibantu dikenali sebagai klien. Proses kaunseling akan menggunakan kaedah perbualan secara bersemuka di antara kaunselor dengan klien.

MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

MENJANA TINGKAH LAKU POSITIF

Kaunselor dijangka tidak dapat mengenalpasti tingkahlaku klien yang negatif. Sekiranya ini berlaku, kaunselor dapat mencari alternatif penyelesaian agar tingkahlaku negatif klien dapat ditukar kepada tingkahlaku yang positif. Kaunselor akan berbincang dan sama-sama mencari alternatif yang sesuai dan dipersetujui oleh klien untuk melakukan perubahan tersebut. Klien akan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut walaupun dipersetujui bersama-sama. 

ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELING










 

          Etika adalah suatu tindakan yang kepatuhan terhadap piawaian profesional serta undang-undang tentang apa yang dianggap betul dan yang salah. Etika juga memberi maksud yang berbeza tetapi berkait, iaitu tatacara mengenai cara hidup atau peraturan tingkah laku, set peraturan tingkah laku atau kod moral dan hidup am atau suatu cara hidup.

​

          Etika bimbingan dan kaunseling ini melibatkan peraturan masyarakat yang didasarkan norma-norma dan nilai-nilaiyang baru di dalam sesebuah masyarakat itu. Oleh itu mematuhi kod etika bimbingan dan kaunseling sangat penting untuk membuat keputusan dalam pengendalian kelompok. Etika juga menyentuh persoalan berkaitan apakah yang baik dan tidak, sama ada perlakuan ataupun nilai. Etika kaunseling juga berkait rapat dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang perlu ada pada kaunselor semasa sesi kaunseling dijalankan.

MENJAGA KERAHSIAAN PELAJAR 

Antara etika yang perlu dipatuhi oleh guru bimbingan dan kaunseling ialah kaunselor atau guru perlu meyakinkan murid bahawa segala maklumat yang diberikan adalah rahsia. Bagaimanapun, jika didapati keadaan pelajar itu mengancam kebajikan atau kesihatan diri sendiri ataupun orang lain maka adalah menjadi tanggungjawab kaunselor melaporkan hal tersebut kepada perkhidmatan yang sesuai.          

           

       Namun begitu, dialog perbincangan dalam kaunseling tidak boleh melampaui batas. Bilik kaunseling hendaklah jauh daripada gangguan kebisingan dan mengganggu orang lain seperti bunyi telefon dan gangguan suara bising. Ini bertujuan untuk melindungi rahsia murid kerana perbincangan antara kaunselor atau guru adalah perkara yang sulit. Ini kerana kerahsiaan adalah privasi di antara murid dan juga kaunselor yang tidak boleh diketahui oleh orang lain melainkan mendapat persetujuan daripada individu tersebut atau ada maklumat yang akan membahayakan pelajar tersebut. Ia merupakan janji atau kontrak bagi menghormati privasi pelajar agar masalah yang dihadapinya tidak diketahui oleh pihak lain.

​

             Oleh itu, menjaga kerahsiaan pelajar adalah sangat penting dalam bimbingan dan penasihatan ini. Jika masalah pelajar terbongkar, mereka akan menjadi seorang pelajar yang tidak yakin, rasa malu yang melampau dan boleh mengakibatkan masalah yang lebih besar lagi. Dengan itu, guru tersebut telah melanggar etika yang yang telah ditetapkan dalam bimbingan dan kaunseling maka ia akan memberi kesan yang teruk terhadap profesion sebagai guru bimbingan dan juga sebagai kaunselor. Jika perkara sebegini berlaku terhadap kaunselor, mungkin lesen sebagai seorang kaunselor akan ditarik akibat tidak mematuhi etika bimbingan dan kaunseling ini.

GURU TIDAK MENGAMBIL TUGAS KAUNSELOR

Guru sekolah tidak boleh mengendalikan kaunseling tetapi mereka boleh menggunakan kemahiran yang dipelajari tentang kaunseling untuk membantu pelajar sekolah yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini kerana untuk menjadi seorang kaunselor, seseorang guru itu mestilah mahir dalam bidang kaunseling atau mempunyai ijazah dalam bimbingan dan kaunseling. Namun begitu, untuk menjadi seorang kaunselor juga mestilah mempunyai lesen yang telah diiktiraf oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu kepada pelajar-pelajar, malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing sepertimana yang telah kita ketahui, perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Oleh itu, setiap orang guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing.

MEMAHAMI SETIAP PELAJAR ITU UNIK DAN BERBEZA

Setiap manusia mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Kaunselor haruslah bijak mengetahui setiap kemahiran dan kelemahan pelajarnya semasa proses bimbingan dijalankan. Bimbingan dan penasihatan bagi setiap pelajar adalah berbeza dari segi kebolehan, minat, bakat serta motivasi untuk belajar. Walau bagaimanapun, setiap orang memiliki keistimewaan tersendiri dan berlainan antara satu sama lain. Oleh itu guru hendaklah memberikan tumpuan kepada kebolehan dan keupayaan setiap individu. Dengan cara ini seseorang guru itu dapat membantu mengenali potensi diri masing-masing.

BERSIFAT TERBUKA DAN TIDAK MENGHUKUM

Pelajar tidak boleh dipaksa untuk berkongsi sesuatu maklumat atau menerima sesuatu maklumat atau menerima sesuatu keputusan. Mereka juga tidak boleh dipaksa untuk berjumpa atau mendapatkan nasihat. Suasana kerelaan dan kemesraan hendaklah diwujudkan pada setiap masa sesi bimbingan dijalankan. Guru mestilah mempamerkan ciri-ciri kejujuran seperti tulus, ikhlas, tidak ragu-ragu terhadap pelajar. Seorang guru yang baik akan bertanya kepada pelajar sama ada mereka bersedia untuk belajar dan guru juga akan memastikan pelajar tidak mempunyai masalah peribadi yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Prinsip adalah asas atau dasar sesuatu pemikiran atau tindakan. Unit Bimbingan, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (1983) menggariskan prinsip bimbingan dan kaunseling khusus bagi khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah dan menengah. Setiap prinsip perlu dijadikan pedoman atau panduan kepada Guru Bimbingan dan Guru Kaunseling ketika menjalankan khidmat mereka.

​

​

  1.  Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar dididik dan dibimbing untuk mendapat dan mempelajari pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. 

​

    2.  Bimbingan dan Kaunseling untuk semua pelajar. Setiap pelajar memperolehi peluang bagi mendapatkan                                          pertolongan tanpa mengira latar belakang, kaum, etnik, agama atau kepercayaan.

​

    3. Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya. Pada suatu                               ketika tertentu seorang pelajar mungkin memerlukan pertolongan, sokongan dan bimbingan di dalam proses                               perkembangan dirinya.

​

    4. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi dan kebolehan                           mereka. Program Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan individu supaya berkembang                                   dengan kadar optimum mengikut tahap perkembangan diri.

​

    5. Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam,                          menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan. 

​

    6. Bimbingan dan Kaunseling masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha bimbingan dan kaunseling ialah untuk                        menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya                         sekarang di dalam jangka masa panjang. 

​

    7. Bimbingan dan Kaunseling individu menyedari akan kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatannya.                                 Dalam bimbingan dan kaunseling, fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan yang ada padanya melalui                            aktiviti perkembangan dan pencegahan. 

​

   8. Bimbingan dan Kaunseling menjadi tanggungjawab bersama dalam melaksanakan program dan aktiviti bimbingan dan           kaunseling, semua pihak di sekolah iaitu pentadbir, Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling, guru-guru lain, ibu bapa 

         dan pelajar patut bekerjasama dan saling berunding di antara satu sama lain bagi membantu Guru Bimbingan atau                     Guru Kaunseling terutama untuk mengenalpasti pelajar yang memerlukan khidmat kaunseling. 

​

   9. Bimbingan dan Kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar. Segala                         maklumat mengenai pelajar adalah perlu untuk membolehkan Guru Bimbingan atau Guru Kaunseling memahami                         pelajar secara menyeluruh supaya dapat memberi bimbingan dan kaunseling yang berkesan. 

​

  10. Setiap individu adalah berbeza dalam gaya,ketangkasan dan dorongan untuk belajar. Secara amnya cara belajar

          seseorang itu berbeza mengikuti :

​

  • Orientasi Deria:  

 

Melalui kaedah sentuhan, penghiduan, penglihatan , pendengaran dan rasa.

​

  • Gerakbalas  (response)

​

Ada yang lebih selesa belajar secara bersendirian, di dalam atau melebih selesa belajar secara kita masih boleh 

​

  • Corak Pemikiran 

​

Cara individu mengumpul dan memproses maklumat untuk mencapai tujuan tertentu.

​

​

​

​

RUMUSAN 

               Pengurusan Penasihatan Murid merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling merupakan unit yang penting dalam pendidikan dimana guru bukan sahaja memainkan peranan dalam pembelajaran sebaliknya juga dalam pembentukan disiplin dah sahsiah murid di sekolah.

​

                   Daripada aspek bantuan, bimbingan diberi kepada individu untuk membuat pilihan dan penyesuaian yang bijak. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka.

RUJUKAN

Hasya Mocha. (2020, July 18). Pengurusan penasihatan murid. Retrieved from https://hasyamocha.wordpress.com/2020/07/18/pengurusan-penasihatan-murid/

​

Maszuria A.Ghani. (n.d.). Pengurusan tingkah laku dalam bilik darjah. Retrieved from http://ipgkpt.edu.my/kdc%20interim/sem2%202017/MODUL/konten%20edup2034.pdf

​

Mohamed Sharif Mustaffa, & Roslee Ahmad. (n.d.). Konsep dan Peranan Kaunseling dalam Pendidikan (Unpublished doctoral dissertation). Universiti Teknologi Malaysia , Skudai, Johor.

bottom of page